Dengan menghantar Borang ini kepada kami, anda dengan ini bersetuju bahawa Ekuiti Nasional Berhad ("Ekuinas") boleh mengumpul, memperoleh, menyimpan dan memproses data peribadi anda yang diberikan dalam borang ini bagi tujuan program ILTIZAM Catalyst Ekuinas

Anda dengan ini memberikan persetujuan anda kepada Ekuinas untuk:

  1. Menyimpan dan memproses data peribadi anda
  2. Mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan atau pihak ketiga apabila dikehendaki oleh undang-undang atau bagi tujuan perundangan.

Selain itu, data peribadi anda mungkin dipindahkan kepada mana-mana syarikat dalam Ekuinas, yang mungkin melibatkan penghantaran data anda ke lokasi di dalam Malaysia.

Bagi mengelakkan sebarang keraguan, Data Peribadi termasuk semua data sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, termasuk semua data yang telah anda dedahkan kepada Ekuinas dalam Borang ini.

Ekuinas boleh menyemak dan meminda Dasar ini dari semasa ke semasa bagi mencerminkan perubahan dalam undang-undang, amalan perniagaan, proses atau struktur kami. Walaupun secara amnya kami tidak dapat memaklumkan kepada anda mengenai perubahan kepada Dasar ini, versi terkini Dasar ini akan disediakan di laman web kami. Dasar ini bukan suatu kontrak, dan tidak menunjukkan sebarang obligasi di pihak kami dengan mana-mana pihak lain. Ekuinas komited untuk melindungi data peribadi anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen mengenai pengendalian data peribadi oleh kami, atau sekiranya anda ingin memohon akses kepada data peribadi anda, sila hubungi kami di 03-7710 7171.