Kriteria
Kelayakan
Kami Memahami Masalah & Cabaran Perniagaan Anda
Program ILTIZAM Catalyst ada penyelesaian untuk anda!
Semak Kriteria Kelayakan Kami
Program ILTIZAM Catalyst mungkin sesuai untuk perniagaan anda
Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
• Sijil Pendaftaran Syarikat*
• Maklumat SSM Terkini Pemilik Perniagaan*
Perniagaan mempunyai pendapatan tahunan antara RM300,000 sehingga RM1 juta selama sekurang-kurangnya dua (2) tahun kewangan
Penyata Kewangan bagi Tahun 2024 & 2023 (iaitu Penyata Untung Rugi, Kunci KiraKira dan Penyata Aliran Tunai)* – sila kemukakan akaun draft/pengurusan sekiranya versi audit belum sedia
Memaparkan kelayakan dan sebab untuk menyertai program ini
Profil syarikat (rumusan jenis perniagaan anda dalam apa-apa bentuk seperti / akaun Instagram / eDagang / laman web dan lain-lain)
Perniagaan mempunyai sekurang-kurangnya 51% pemegang saham Bumiputera
Maklumat pemegang saham*
Perniagaan mempunyai keuntungan dalam dua (2) tahun kewangan terakhir
Penyata Kewangan bagi Tahun 2024 & 2023 (iaitu Penyata Untung Rugi, Kunci KiraKira dan Penyata Aliran Tunai)* – sila kemukakan akaun draft/pengurusan sekiranya versi audit belum sedia
Komitmen untuk menyertai Program ILTIZAM Catalyst
Tiga (3) orang wakil untuk menyertai program ini, tetapi hanya dua (2) wakil diperlukan pada setiap masa sepanjang program (pemilik & kakitangan pengurusan yang utama)*
*Wajib untuk permohonan program
Manfaat dan Peluang Yang Boleh Dijangka Melalui Penyertaan Program ILTIZAM Catalyst
Objektif
Memacu pertumbuhan dan kemajuan perniagaan PKS Bumiputera
ILTIZAM Catalyst menyediakan bimbingan teknikal secara langsung dan praktikal kepada perniagaan PKS Bumiputera bagi mengukuhkan keupayaan dan merancang pertumbuhan perniagaan yang mampan. Matlamat program ini ialah untuk membantu mengenal pasti dan merapatkan jurang perniagaan, mengatasi kekangan serta mengukuhkan teras perniagaan melalui bantuan seperti berikut:
KEWANGAN DAN PEMATUHAN
Memperbaik pengurusan kewangan dan pematuhan perniagaan Bumiputera mengikut standard tadbir urus dan piawaian industri.
PEMASARAN
Meningkatkan kesedaran dan keterlihatan jenama melalui strategi pemasaran digital yang berkesan.
P1: Strategi Pemasaran
P2: Pelaksanaan Pemasaran Digital
PENDIGITALAN DAN PENERAPAN TEKNOLOGI
Mengaplikasi teknologi pendigitalan untuk menambah baik proses perniagaan dan meningkatkan tahap daya saing.
KEPIMPINAN
Membangunkan kemahiran dan strategi kepimpinan yang berkesan bagi mendorong kemajuan perniagaan.
Aliran Proses Program ILTIZAM Catalyst
Program ILTIZAM Catalyst Terbuka Kepada Semua Sektor Perniagaan*